Monday, 13 August 2012

kisah seorang islam sejati

Assalamualaikum,hari ini saya teringin nak ceritakan satu kisah yang  dapat membuatkan rasa teramat bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan.....Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kita semua manusia yang lemah dan tidak berdaya tanpa rahmat-Nya.....
 cerita ini berlaku di sebuah negara termiskin di dunia yang sedang mengalami krisis yang menyedihkan dan ini juga merupakan dugaan yang telah Allah beri untuk melihat kekuatan dan keimanan hamba-Nya kepada-Nya......
inilah yang berlaku kepada seorang hamba Allah di Somalia 
beliau bertemu seorang ustaz yang ketika itu sedang melawat mangsa-mangsa krisis tersebut......
 Lelaki Somalia:Assalamualaikum ya ustaz...
Ustaz:Waalaikumsalam.....
Lelaki Somalia:Bolehkah jika saya bertanya sesuatu?
Ustaz:Ya silakan bertanya......
Lelaki Somalia:Apakah hukumnya jika saya berpuasa tapi 
tidak bersahur mahupun berbuka dan hanya  berniat?
 keadaan menjadi senyap seketika......si ustaz terlalu hiba dan sayu mendengar pertanyaan lelaki tersebut sehingga menitiskan air mata tanpa disedari..........
Lelaki Somalia:Ya ustaz...kenapa ustaz menangis?
Ustaz:aku menangis kerana berpuasa salah satu sebab nya adalah untuk mengingati orang miskin yang kebuluran               dan kaulah orang itu.......
cerita ni memang membuatkan saya rasa sangat hiba dan terharu dengan kekuatan imannya terhadap Allah.....
sedangkan orang kita sendiri yang cukup makan minum dan hidup dalam negara yang takde krisis cam diorang pun malas nak puasa...macam2 alasan diberi seperti 'penatlah kalau puasa lagi2 kerja kat tempat panas....matilah kalau macam tu'......
pokok pangkal nya hati kita sendiri dan kekuatan iman kita terhadap Allah dan bile kite ada benda ni,penat macam mana pun kita tetap mengerjakan suruhan-Nya.....sebab kita terlalu sayangkan Allah lebih dari segalanya....sekian.....jadikan pengajaran tau......

No comments:

Post a Comment