1.Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia?
Yang paling dekat dengan kita adalah mati.Sila rujuk Surah Ali 'Imran ayat 185.....
2.Apakah yang paling jauh dengan kita di dunia?
Yang paling jauh dengan kita adalah 'masa lalu' kerana walau dengan apa cara sekalipun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu......
3.Apakah yang paling besar di dunia?
Yang paling besar di bumi adalah nafsu..........
4.Apakah yang paling berat di dunia?
Yang paling berat di dunia adalah 'menanggung amanah'.Segala tumbuhan dan binatang semuanya tidak sanggup kecuali kita manusia...tetapi manusia ramai yang rosak binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik disebabkan kedegilan mereka dan terlalu terikat dengan kenikmatan dunia......
5.Apakah yang paling ringan di dunia?
Yang paling ringan adalah meninggalkan sembahyang.....kerana manusia sering mempermudah dan meringan solat disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia......
6.Apakah yang paling tajam di dunia?
Yang paling tajam di dunia adalah lidah manusia di mana disebabkan lidah,hati manusia terluka sehingga berlaku perbalahan dan perpecahan....
Sumber dari buku Diya 'Ad-Din (2009)-SBPI Sabak Bernam...
No comments:
Post a Comment